Month: September 2012

peristiwa demi peristiwa

in the middle of raya, many things happen…

peristiwa demi peristiwa… lebih banyak menyedihkan dari menguja..

yang sangat menyedihkan dan sangat mengejutkan ialah pemergian allahyarham Atuk tersayang, Abdul Majid bin Abdul Rasid..

approx. 2.30, received phone call from my cousin inform atuk meninggal.. aku siap tanya atuk mana, biar betul.. itu je yang mampu keluar dari mulut ini. inform my boss, balik meja balik sambil menggigil dan terduduk.. tak percaya dengan berita yang ku terima.. dalam perjalanan dari klcc ke sungai mulia yang hanya mengambil 13 minit biasanya, seperti perjalanan yang tiada penghujungnya dan dalam masa yang sama, didalam fikiranku, hoping that’s joke only… hoping there is nothing happen to our beloved grandpa.. jejak sahaja tayar motor ke lorong 6 melihat orang ramai sudah berkumpul, sah, ia bukan cerita main – main..

permergian sangat tidak disangka agak menyedihkan bagi keluarga yang terlibat… tiada tanda pemergian,Ā  tanpa meninggalkan pesanan, tidak menyusahkan sesiapa dan urusan ke rumah baru arwah sangatlah senang diuruskanĀ  dengan bantuan dari anak cucu sekalian… Alhamdullillah… yang hidup perlu memastikan setiap urusan untuk simati tertib… seronok dan bangga dengan cara arwah pergi… air mata yang tumpah tidak kira siapa yang melihat… berita yang sangat memeranjatkan kami sekeluarga dan mereka yang mengenalinya.. melihat isteri arwah yang berkongsi hidup selama 60 tahun lagilah menyedihkan… semoga nenek saya tabah dengan hari – hari yang mendatang.

diatas ialah gambar terakhir arwah bersama cucu2…

semoga arwah atuk dan pak long saya yang telah pergi pada 12 may 2012 dicucuri rahmat dan ditempatkan di golongan2 orang yang beriman..

Alfatihah…

kata terakhirku pada atuk 2 hari sebelum pemergiannya dan kali terakhir aku berjumpa dengan arwah, “terima kasih atuk belanja kfc”.