Tag: rinamainmasak²

Mari masak kimchii jigae / sup

Ini pun senang gak cuollss…
Siyes senang, campak je apa yang ada..

Jom tengok barang² yang diperlukan:

Yang wajib:-

1. Kimchii – kuah kimchi dan kimchii tu sekali diperlukan

2. chili paste / gochujang

3. Pati ikan bilis – biasalah, sekarang guna yang jenama knor. Xkisah brand apa pun.

4. Bawang putih yang siap ditumbuk

Yang tak wajib tapi menambahkan kesedapan kimchii jigae:

1. Tuna chunks – iollls guna tuna cap ayam tu je.. Sedap gak ratah mcm tu je… Hihih. Boleh je letak ayam atau daging

2. Cendawan yang korang suka. iollss suka cendawan yang halus². Lupa nama, 90 sen je sepeket. Ong Tai Kim mahal sikit 1.20.. hehe

3. taufu lembut – tiba² suka plak makan taufu lembut. Iollss tak minum soya and teh. Tak boleh masuk tekak.. heheh 

4. Bawang holland  / spring onion- nak menambahkan rasa

5. Sesame oil
6. tauhu goreng

Sikit jekan, biasalah, yang wajib sikit je, yang aksesori dia je melampau.. Hahah

Jom try masak pulak. macam teobokki gak cara dia iollss masak

1. Rebus pati ikan bilis

2. masukkan chili paste / sesame oil

3. masukkan kuah kimchii / bawang putih

4. masukkan kimchii

5. campak semua bahan. tuna / cendawan/ tauhu goreng / taufu (last skali. kang hancur lak asik kena kacau)

6. Masukkan bawang holland / spring onion tutup api.

img_0399
malas betul nak pecahkan isi tuna ngn cendawan tu, itu jadi ketul².. heheh

So da siap ler Kimchii jigae, boleh makan macam tu je atau dengan nasi. Serious sedap…

P/s: yesterday i made my own kimchii. Tapi resepi seonsaengnim Lee bagi dah hilang. So resepi semalam takde letak ginger.. adeh.. xtaw ler jadi ke tak.. nanti kita tengok k.

Advertisements

Mari masak teobokki

Meh sini nak share a few tips how to cook teobokki…

Benda yang diperlukan ialah:- 

Yang wajib:

1. Kek beras – boleh beli yang ready made or kalau terlebih rajin tu buatler sendiri..

2. Chili paste / gochujang – sama jugak seperti komen diatas

3. Pati ikan bilis -iollss guna cap knorr je

4. Bawang putih yang dah hancur

5. Kek ikan. Ikut suka nk letak apa. Sosej pun boleh, iollss kurg sikit

6. Corn syrup takpun letak je gula.. Iollss guna gula perang kt rumah

yang tak berapa wajib tapi boleh menambah kesedapan teobokki korang: –

1. Bawang holland
2. Sesame oil. Xde pun xpe..
3. Sayur yg korg suka. Carrot, bunga kubis, brokoli
4. Bawang holland pun klu suka boleh letak / spring onion
5. Sesame seed.carik yg roasted.. Tak kesah jugak. Ok je klu xmo letak
6. Telur rebus. Ikut suka gak..

Sebenarnya yang wajib tu a few item je, tapi pasal nak nampak menarik tambahlah mcm2 barang ikut selera masing.. Nak masak pun senang, main campak2 je cuolllsss.

Now jom cerita camne nak masak:
1. Rebus air masukkan pati ikan bilis
2. Dah menggelegak masukkan bawang putih, chili paste, pastu corn syrup / gula dan minyak bijan
Try rasa kuah tu ok ke x, klu pedas letaklah gula lebih sikit smpai tahap korang suka
3. Masukkan kek beras
4. Campak kek ikan, sayur2, tunggu sampai menggelegak lagi dan rasa kek beras tu dah lembut
5.Campak bawang holland tu, tutup periuk, tutup api..
6. Kalau nak kuah pekat, bancuh tepung jagung sikit, masuk dalam periuk.
7. Last but not least siaplah teobokki tu, nak sedap tabur sikit sesame seed roasted…

img_0394 img_0396

dah siap bolehlah makan,

korang agak² sendiri berapa nak letak, klu dua sudu pati ikan bilis tu, letaklah dua sudu pes cili lepas tu pandai² lah nak adjust kepedasan ikut suka korang.. boleh tambah chili flakes kalau nak pedas lagi. jangan terkejut kalau time rasa kuah tu bland, mostly sayur, fishcakes tu dah ada rasa. Bila makan bahan dengan kuah² ok je. Kalau tak cukup masin boleh tambah garam, letak sikit je, pasal cili pes, pati ikan bilis tu memang dah masin.

simplekan?? bolehlah try lepas ni cuolls!!

P/S: next post.. Tungggguuuu