Tag: South Korea

Misi mencari kimchi – Jan 2014 – Part 4

DAY 7 This is a day that Oluq going home.. She liaised with hostel owner to drove her to airport at 5 am in the morning, her flight departure was 8 am if i’m not mistaken. I had two more days to enjoy the city area. AND MY SOLO TRIP BEGAN…. My plan for that day was DMZ (boarder of North Korea, from here we can ‘teropong’ over there)… I take half day package only, and return to Seoul.

20140109_092905
tasik yang beku
20140109_093103
freedom bridge
20140109_103953
pintu masuk ke dalam terowong .. askar korea selatan jumpa byk terowong yang katanya korea utara yang buat..
20140109_110525
tempat mengskodeng Korea Utara
20140109_110650
kamera boleh sampai line kuning tu je nak skodeng di sinun
20140109_111231
tak nampak pun Kim Jong Un main kejar²
20140109_112850
kakak cantik yang jadi tour guide.. rasanya tak operate.. hihi
20140109_113703
i love this picture so much!

Next activity is back to Myeongdong area, looking for tourist centre and wear a hanbok for free at Myeongdong Tourist Center, atas MNG and join but actually not join, it’s one to one class with seonsangnim at Kimchii Academy, KIMCHII

CLASS. MISSION COMPLETED!!! 20140109_171808 20140109_141416

20140109_180149
sedap kot kimchii iolls buat.. hehe.. perasan..

I do not have any plan to go after that so i decide went to Namsan Tower. Actually there are shuttle bus from Myeongdong to Namsan cable car.. Arghhhhh.. Stupid me…

20140109_195914
me and seoul tower

Back to Hongik met Nissa and Tyra, enjoying my first teobokki there, after that go lepak² minum² at zoo cafe..

20140109_231046
dua org budak teror, Nissa and Tyra

Then back to hostel and merayap to shopping mall near hostel.. Ruginya tak beli kasut kat sana… Ada less time tu…. Arghhhh, ruginya… Eh, kasut lagi… After a few hour there, i’m back to hostel and kemas light² je.. Siap basuh baju lagi…. DAY 8 Due to our flight at 11 am, (good news me and Tyra same flight time) bangun pun tak kalut macam selalu dan relaks² before final packaging, from two bags become three bags. Arrived at the airport smoothly and met Tyra there when we check in our baggage, bought tumbler from starbucks and waiting for our flight departure… dah ler salah baca pintu gate mana lepas claim VAT (beli kasut, dapat balik ler 3k won), terus jogging kat airport tu cari gate betul.. hihi. My conclusion for this trip is DAEBAK, and i will going back there again and again for their food, people, view and one of my favourite friend has work there.. One of the best country that i’ve been. P/s: Kalau boleh sebelum nak gi jalan² tu, makesure co pilot tu boleh baca maps / GPS… adehhh.. norul, norul. apa pun Aok tetap paling best!! sayang aok ketat²!!!

Advertisements

misi mencari kimchi – Jan 2014 – Part 3

DAY 2

For this trip Tyra is join us and Oluq and Tyra become new friends also. the more, the merrier.

Our plan for that day is Nami Island and Petite France. We travel use the normal train and it’s exciting.

20140104_122643
Tyra, Oluq and myself
20140104_142043
Nami Island entrance
20140104_152130
Petite France, running man episod Taecyeon and Nickhun datang kat sini ler
20140104_152437
maps Petite France

Balik tu singgah beli kasut lagi, kat sana je 2 kasut beli.. jalan banyak, so kasut kena cari yang tebal sikit baru selesa jalan. suspek ler yang jalan guna heels. sandal ngn selipar jepun pun tak boleh tahan,

DAY 3 – Seoul

checkout from Twin Rabbit Hostel and leave our baggage at hostel, we came back after 3 night. Off to Gimpo Airport. Terpaksa patah balik ke hostel pasal tertinggal International driving license at baggage. Goodjob Rina oii. Nasib memang takde plan apa². Yang paling best ikut kata hati sewa locker kat sana, semua tulisan hangul, dan nasib berjaya.. hebat budak rina ni.. hihi..

So naik Jetstar to Jeju Island, check in Yeha House for 2 nights. First makan banyak kt Korea time dinner, Abalone soup tak silap. lepastu shopping!

DAY 4 – Jeju

pagi² bangun pergi amek kereta sewa, lepastu terus pusing² Pulau Jeju. Seriously tak cukup masa untuk travel 1 ari ke Jeju.. memang serious tak cukup. Need to come back again..

20140106_104922
Hallasan Mount
20140106_105100
jumpa salji
20140106_120047
cantik gila view. kuasa tuhan, sebelah laut ada air terjun
20140106_120140
ahjumma² ni bukan cuci baju ye uolls, dorang jual fresh sashimi
20140106_140225
tenang gila kat sini
20140106_173548
misi mencari kuda merah berjaya!! tak tau pulak rupanya ada kuda putih jugak

20140106_141223

lepastu perjalanan terhenti seketika rasanya, ke kami terus ke mystery road dulu. lupa dah..

lepas bersiap², kami travel lagi skali ke Seogwipo untuk mencari kedai Seafood yang dijamin Halal oleh KTO, malangnya kedai itu tidak wujud lagi bak kata penduduk disana.. hahahah.

so masuk aja kedai seafood yang ada, yang rasanya takde oi oi itu, yakin yelah masuk dan makan sehingga nak muntah. side dishes dah penuh meja uollss.

DAY 5 – Jeju – Busan

Perjalanan bermula diawal pagi lagi, selesai urusan penghantaran kereta sewa, menunggu Air Busan yang sangat senang urusan pembookingan, kami bergerak ke Busan. Di Busan kami banyak mengambil teksi, train dan city tour bus untuk menikmati Busan disebabkan kekangan masa. Busan lebih kepada bandar warga emas dimana boleh dilihat dimana² warga emas ini melepak. Gigih memanjat Busan Tower untuk bermain chess Korea, Go. Kami juga mengunjungi Pasar Ikan terbesar di South Korea rasanya, Jagalchi Market.. Sedap gila baq ang snow crab dia. juga membazir duit , kerana tidak disangka side dishes disini lebih meriah dan melimpah meja… So balik ke Blue Backpackers Hostel dan ketiduran.

20140107_114437
Blue Backpackers Hostel
20140107_131240
side dishes 1 meja
20140107_133825
snow crab.. argghhhhh.. nak lagiiiii
20140107_145820
kubis ke bunga? bunga ke kubis?
20140107_152035
tiada muda tiadalah tua

DAY 6 – Busan – Seoul 

Kami menaiki keretapi selama lebih 2 jam untuk kembali ke Seoul. Sampai je Seoul Station, simpan beg didalam loker kemudian pergi berjalan sekitar bandar, tempat yang paling ku tunggu, King Sejong Statue dan istana berdekatan.. Wah best, never thought i like history.. hihi.

20140108_140635
eh, jumpa siapa ntah kat istana ni..
20140108_141347
this is not painting, this is REAL!
20140108_143140
abang² jgn gaduh ye…
20140108_150532
Hanok Village
20140108_171950
Myeongdong, syurga membeli belah

lepas pusing² Myeongdong, kami pun bergerak ke kedai souvenir murah².. di mana?? tunggguuuu

P/s: sambung nanti ye.. penatlah.. panjang gila dah ni..

misi mencari kimchi – Jan 2014 – Part 2

Tiket perjalanan kami tidak sama, maka aku memulakan perjalanan seawal 8 malam dari Sungai Mulia ke KLIA dan selepas check in bag, sempat lagi aku melantak dan mempow abang dan bakal kakak iparku ketika itu, sekarang dah sah uollss,  Perjalanan soloku terhenti seketika ketika mula menyedari jam tangan tiada ditangan, makanya aku masuk ke kedai toys dan membeli sebuah jam tangan untuk remaja yang beharga 39.90. Cukuplah sekadar untuk melihat waktu yang tidak akan kembali lagi.

Yang paling tidakku sangka bertemu rakan sekolah ketika aku bersekolah di Sekolah Menengah Sungai Pelek, ternyata mata kecilku ini bukan saja menawan tapi terbukti lebih terang dari mereka yang bermata empat apatah lagi mata yang lagi besar dariku. hihih. perasan lebih ni.

Penerbangan soloku bermula 11.45 malam dan sampai dibumi kimchi itu lebih kurang 6-7 pagi. Lupa pulak kita. Sampai saja di Incheon Airport aku singgah ke 7 eleven membeli T money dan topup siap² dan tidak lupa susu pisang yang enak ini.

orang kata wajib minum ni bila sampai Korea

Lainlah rasa yang fresh macam ni dengan yang dalam kotak tu.. ni lagi sodap, puas hati minum.

Yang bestnya bila stay kat hongik area ni, we do not need to exchange our train pasal dia satu lane untuk ke main airport , Incheon dan Gimpo dan juga terus ke Seoul Station.

Oleh kerana terlalu awalnya aku sampai, aku pun mula mencari hostel yang bakal diduduki selama 2 hari iaitu Twin Rabbit hostel, dari review yang dibaca memang telah ku tahu hostel ini agak jauh terletak dari hostel lain, tapi tak kusangka memang betul² jauh tapi kami memandang keselesaan yang nyata, kami meneruskan misi untuk tinggal di hostel ini. Dengan bantuan ahjussi yang sangat baik hati seperti yang telah kuceritakan di entry² sebelum ini, aku menemui hostel yang terceruk ini tetapi malangnya masih belum tiba masa untuk kami mengcheckinkan diri, maka aku meninggalkan baggage ku dan meneruskan perjalanan mencari sepasang kasut, kaki melecet. Orang kata kaki mengembang ketika kita diatas udara, tapi malangnya itu aku dapati benda ini terjadi sebelum aku sampai ke bumi kimchi ini.

Sememangnya badar Hongik ini bandar muda mudi, aktiviti kebanyakan bermula selepas 10.30 pagi. Clubbing boleh dilihat sana sini dan juga Cafe Hello Kitty yang glemer itu juga terdapat sini.
Sementara menunggu masa dan kedai kasut dibuka, aku sempat meround di Daiso dan had my morning break di Mango six, hot chocolate dan waffle yang sangat enak hokehh. Dalam masa yang sama aku menggunakan wifi yang disediakan cafe ini untuk mengupdate beberapa perkara instagram, fb dan menghubungi Nissa untuk menyampaikan beberapa kiriman barang kepada beliau.

Selepas itu aku pun melalui jalan² remaja di Hongik mencari Hostel Papa and Mama tempat Nissa bekerja dan berjaya menjumpai hostel itu dengan bantuan tourist guide yang memang disediakan oleh KTO untuk membantu orang yang sesat seperti aku. Dengan kagumnya aku menjumpai hostel Nissa mencari rezeki, padahal jalan lurus je pun.. hehe.. sempat berborak dengan rakan² dan owner hostel sebelum kami keluar berjumpa kawan baru, TYRA. budak ni serious hebat, travel alone when you are 19 or 20 (i’m not sure) but surely memang budak bawah umur. Aku time tu tengah menggedik keje.. kekekeee. tak kenal dunia luar lagi.. Tq Nissa belanja kitorang yang masih malu² gaban.. me pun tak pernah cakap dengan Nissa waktu dia kerja with Convex. hehe.. Setelah beberapa ketika dan tiba waktu untuk aku menidurkan diri, aku pun meminta diri untuk kembali ke hostel dan dalam masa yang sama Oluq pun selamat tiba di airport Incheon, aku telah selamat berlayar. dan arahan ku berikan dalam kemamaian. Oluq juga hebat orangnya bila meminta ahjussi angkat barang tunjukkan jalan, siap ahjussi hantar naik lori.. iolls pun takde. dan ketika Oluq selamat sampai dihostel, aku hanya melambai beliau sambil menyambung pelayaran aku. Hari pertama di Seoul dihabiskan di katil sahaja…

P/s: this entry might be long, next you will not know.. kekekeke

misi mencari kimchi – Jan 2014 – Anneyong Haeseyo- Part 1

I know now its been a while and now is October, but is better to be late than never isn’t it? kiki [^_*]

memandang semakin hari semakin berusia, tak mungkin memori kita boleh ingat semua benda yang bukan rutin untuk diingati.

maka lahirlah sebuah kronologi perjalanan ku ke negara 4 musim itu.

20140108_133742
King Sejong Statue

memang telah kurancang untuk berjalan solo kesana semasa musim sejuk memandangkan tidak pernah menjejakkan kaki gedabak ini katanya..

tiket kapalterbang di beli seawal Mac / April 2013 untuk perjalanan 2 Jan – 10 Jan 2014 dan menggunakan kepakaran kepala otak sendiri dan komputer dan wifi dan internet dan bla bla bla, segala ilmu didada telah dicurahkan, chewahh, takde pun, banyak perjalanan dirancang diasaat akhir..

dan disaat akhir itu juga my other half, Norul Hidayah a.k.a Oluq, maka sampainya turn beliau mendapat belaan kutu yang diternak selama beberapa bulan², beliau pun membuat keputusan menambahkan kemeriahan iollss kenegara kimchi itu dan bermulalah segala perjalanan untuk dirancang. hostel, flight ke Jeju / Busan, itinerari semuanya hampir siap sebelum tibanya bulan 1. Tq Nissa Li dengan baik hatinya memberi ulasan tentang itinerari yang aku sediakan.

Seawal pagi 2hb aku terpacak di Maybank Jalan Tunku Abdul Rahman untuk mengeluarkan dividen ASB (hihi) dan menukar ringgit malaysia kepada won. Kebiasaannya aku akan menukar duit lebih dari bajet biasa takut tak cukup kat sana, kad kredit dan ATM juga telah diaktifkan. Bajet nanti aku ceritakan di waktu lain ye.

P/s: So sorry, https://rinaispinkissugitani.wordpress.com/2014/01/03/welcome-2014/ we not stay at Hongdae, we stay at Hongik University area.