Tag: sakithati

Panas part 2

Saya tak kaya, saya takde kereta.
Orang indon pun boleh beli kereta.
Dia mampu, saya mampus.

Saya tak kaya, tapi saya usaha kumpul duit nak gi jalan2, saya tak minta simpati sesiapa pun kalau nk gi jalan.. Klu pinjam pun saya bayar. Tapi PPRT purbakala masih berbunyi..

Saya dah gemuk sangat sangat.. Semua orang keji, bukan nak minta dipuji cuma rasa simpati, bukan dipinta jadi begini.. 9 tahun dulu masih kanak2, sekarang layak jadi mak orang. 9 tahun dahulu, belanja tak seberapa, tapi sekarang Alhamdulillah.. Rezeki dari Tuhan, dan dalam masa sama saya berusaha pelbagai cara. Tapi ramai pertikaikan lemak saya.. Korang sakit mata, saya sakit hati dek makan keji.. Bukan tak pernah usaha, tapiii….. Iyelah, badan korang hebat sangat, memang solid macam lidi. Terima kasih atas kejimu. Tiada alasankan ku beri selepas ini.. Apa nak jadi, jadi.. Cakap senanglah..

Benda terakhir untuk meluahkan hati yang panas ini, saya sudah tua. Mana jodoh? Kalau jodoh boleh dibeli di pasar malam, uptown… Cakap senang…
Cuba carikan kalau boleh…

Mentaliti so PPRT.. Semak je.. Tipikal melayu, tak pernah campur orang atasan, orang bawahan, sembang lebat, tapi habuk pun takde. Atas bawah berbunyi..

Saya tak ramai kawan, saya pilih kawan… Saya bukan orang peramah, tapi saya boleh senyum. Orang minta tolong saya tolong, jarang saya tolak. Bukan nak puji diri sendiri, tapi itu realiti.. kawan saya semua jauh2 belaka, terima kasih teknologi kami boleh berhubung, cuma masih rasa kurang.. Saya sayang kawan2 jauh dimata tapi dekat dihati. Jangan jadi badut diluar tapi ular didalam..

Manusia punya kekurangan tak boleh pilih ibubapa, adik beradik tapi sedara mara masih boleh dipilih nak diteruskan persaudaraan ke tak.. Itu tanggung sendiri, liang lahat sendiri sendiri. Kalau diberi pilihan, saya mau memilih.. Orang yang tak menyakitkan hati, tak menyesakkan naluri.

P/s: mata tidurlah.. Lupakan orang yang menyakitkan hatimu.. Mimpikam lee minho lagi.. Hihi